Langkah 1: Matikan telefon bimbit anda
Tindakan
pantas anda mematikan telefon bimbit anda yang dimasuki air mampu menyelamatkan
telefon anda dari mengalami litar pintas. Jika anda sengaja
menangguh-nangguhkannya, kemungkinan besar telefon bimbit anda akan mengalami
masalah yang lebih teruk.
Langkah
2: Tanggalkan Bateri Dari Telefon Bimbit.
Paling
penting sebaik sahaja anda mendapati telefon anda dimasuki air, anda seharusnya
menanggalkan baterinya secepat mungkin. Kebanyakan kerosakan yang diakibatkan
dari telefon masuk air adalah kejadian litar pintas. Selain
bateri, anda juga perlu menanggalkan sebarang penutup atau komponen
luaran telefon terbabit untuk membolehkannya kering dengan lebih cepat,
termasuklah kad SIM dan kad SD.
Langkah 3:
Keringkan Menggunakan Pengering Rambut
Pengering
rambut adalah cara terbaik mengeringkan komponen-komponen dalaman telefon
bimbit yang basah akibat dimasuki air. Cuma anda harus ingat untuk menetapkan
pengering rambut kepada tetapan tanpa pemanas. Ini kerana, jika udara panas
yang dihembuskan dari pengering rambut, dibimbangi wap-wap air akan terhasil,
lantas menjadikan keadaan menjadi lebih rumit.
Langkah 4: Elakkan
Dari Cas Telefon.
Pastikan telefon
anda 100% kering dari air untuk mengecas. Ini kerana boleh menyebabkan
berlakunya litar pintas / ic phone terbakar.
Langkah 5: Membawa Telefon Bimbit Anda Ke Kedai
Dengan membawa
telefon bimbit anda ke kedai, ini membolehkan pihak kami mencuci motherboard
telefon anda yang dimasuki air. Pihak kami menyarankan kepada pengguna yang
telefon dimasuki air membawa telefon mereka ke kedai untuk dicuci ini kerana jika
tak dicuci boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada motherboard telefon
anda. Telefon yang pernah dimasuki air juga disarankan supaya membawa telefon
ke kedai untuk dicuci motherboard. Kadang-kadanag pada fizikal telefon tidak nampak
telefon bermasalah tetapi hakikat sebenar telefon bermasalah pada motherboard.
p/s: Semua gambar ini adalah kesan dari air yang dah kering tetapi tidak dicuci dengan betul.
No comments:
Post a Comment